"Aku ada cerita best tuk kau tengok!", kata H tiba-tiba. Dia sudah berdiri hampir dengan meja kerja ku sambil memegang external HDD dia untuk transfer cerita yang dimaksudkan.
"Cerita apa?" aku bertanya. Ini mesti best!.
H selalu berkongsi perkara yang menarik denganku. Aku pun sama. Dia sahabat dekat yang paling rapat. Kenapa aku kata sahabat dekat? Kerana dalam dunia ni, aku hanya ada 3 orang sahabat yang paling rapat dan have my trust. Bestfriend ku SH dan closefriend ku RR, berada jauh dariku. SH berada di ibukota, manakala RR jauh nun di kepulauan Borneo. Mujurlah zaman teknologi sekarang sudah berkembang maju. Boleh saling bertegur-sapa walaupun jauh beribu batu.
Berbalik kepada 'cerita best' yang H maksudkan adalah Ayat-ayat Cinta The Movie. Aku macam pernah mendengar tajuk itu tapi lupa dimana.
"Kau tengoklaa cerita nih...Best sangat...Best...Citer dia lain daripada yang lain". kata H yang teruja dengan cerita ini.
"Ok nnt aku tgk mlm nih iA", balas ku. Wah xsabarnyer nk tgk!
Aku menyambung balik kerjaku. Sekarang ini banyak kerja yang perlu diselesaikan. Projek Master ku masih belum menampakkan hasil. Aku target boleh siapkannya ujung hn nih..tp sekarang sudah hampir separuh thn..hurk!!! sempat ker?
Malam itu, aku xdpt menonton movie Ayat-ayat Cinta tersebut kerana guruh dan kilat. Takut laa pulak nnt rosak pulak komputer ku kat umh itu.
Esoknya aku mula menonton movie tersebut sambil buat kerja. Hoh! curi tulang! isk2! Aku tak tahu berapa byk airmata ku jatuh...cerita cinta yang bercirikan islam. Paling menyentuh hati ketika kejadian di dlm Metro(trem). Subhanallah... aku kagum dengan kejadian itu. Kejadian dimana Fahri dan Aisha( watak dalam movie tersebut) mempertahankan mat saleh yang kurang sihat dan perlukan tempat duduk di dalam metro yang penuh sesak dengan orang. Aisha yang meberikan tempat duduknya kepada mat saleh itu telah dikecam oleh orang arab yg duduk berhampiran beliau kerana menolong orang kafir yang telah memusuhi Islam. Fahri telah bangkit mepertahankan tindakan Aisha dgn menyatakan "Kau telah menyakiti Rasullullah!" kepada orang arab tersebut. Dia merujuk hadis dibawah:
"Barangsiapa yang menyakiti orang zhimmi, dia menyakiti diriku dan barangsiapa menyakiti diriku bererti dia menyakiti Allah." -riwayat Imam Thanrani dgn sanad baik.
Itu satu kejadian..byk lagi kejadian2 yg berlaku sehingga pipiku sentiasa basah dengan airmata. Kisah dalam movie tersebut adalah kisahku. Ia berlaku bukan hnya sekali..tetapi 2kali. Cuma pengakhirannya kurasa tidaklah semanis Maria. Tetapi keseluruhannya aku menyukai movie tersebut kerana kemanisan Islam yang diterapkan didalamnya. Aku bangga kerana aku muslim! aku harus berusaha menjadi muslimah yang teguh imannya iA!
Kemudian aku mula membaca novel Ayat-ayat Cinta kerana movie tersebut adalah hasil garapan novelis terkenal Habiburrahman El Shirazy. Satu novel yang telah mencetuskan fenomenal di kalangan pembaca novel suatu masa dahulu.
Antara movie dan novel, aku menyukai kedua-duanya. walaupun novel lebih terperinci jalan cerita nya tetapi movienya tetap tidak lari dari jalan ceritanya yang sebenar. Byk catatan telah kuambil dari novel tersebut. Salah satunya adalah:
"Orang-orang yang akrab saling kasih-mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang saling kasih-mengasihi atas dasar takwa", - Surah Az-Zuhruf ayat 67.
Sudah panjang aku menaip entry pertama di sini. Apermcm? boleh jadi novelis x lepas nih? ku xreti menulis sebenarnya..huhu!! Betul kata H citer nih mmg best!!!
Kupetik komen tentang novel ini dari salah seorg pembacanya yang kukira pandangannya sama dengan ku.
"Ambilah novel ayt2 cinta, dan masukilah keindahannya, nescaya akn engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yg penuh berkhasiat. Kadang kala ia mengundang airmata, tetapi penghujungnya tetap ilmu yg berguna. Kadang kala ia mebuat hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yg mulia. Ajakan yang lembut dan penuh makna. Kalaulah tidak ditulis dengan kehausan ilmu yg kuat, tentulah ia akan menjadi tempelan-tempelan ayat yang mebuat penat."
Sekian....
0 tweets: